4 maut pesawat terhempas atas rumah

HATTIESBURG, MISSISSIPPI, 5 MEI – Empat orang terbunuh ketika sebuah pesawat kecil terhempas di atas sebuah rumah di Mississippi semalam, kata polis.

Pihak berkuasa di Hattiesburg dipanggil ke lokasi nahas pesawat awam berkenaan sebelum pukul 11:30 malam, kata Pegawai Maklumat Awam Polis Hattiesburg, Ryan Moore.

Polis pada mulanya mengatakan dua orang terkorban, kemudian pada pagi ini, jumlah maut meningkat kepada empat orang. Pihak berkuasa belum dapat mengenal pasti mangsa atau mengatakan sama ada mereka berada di dalam pesawat atau dalam rumah.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dipanggil untuk menyiasat punca kemalangan. Sementara itu, polis menyeru bantuan orang ramai untuk tampil membantu siasatan, kata polis.

Hattiesburg terletak kira-kira 145 kilometer dari tenggara Jackson. – AP