MONTREAL, 22 MEI – Ribut kencang yang melanda timur Kanada di wilayah Ontario dan Quebec menyebabkan empat terbunuh dan hampir 900,000 rumah terputus bekalan elektrik.
Polis Ontario berkata setakat ini tiga terbunuh dan beberapa yang lain cedera akibat ribut petir musim panas yang kencang.
Seorang lelaki terbunuh akibat dihempap pokok berdekatan trailer yang didiaminya manakala seorang wanita warga emas turut dihempap sebatang pokok ketika berjalan meredah ribut.
Mangsa keempat adalah seorang wanita berusia 50-an, yang lemas selepas botnya terbalik di Sungai Ottawa memisahkan Ottawa dengan Quebec. – AFP