Thursday, October 6, 2022
24.9 C
Brunei

4 maut Taufan Nanmadol hentam Jepun

-

TOKYO, 20 SEPT – Empat dilaporkan maut, manakala seorang lagi masih hilang selepas Taufan Nanmadol melanda Jepun hujung minggu lalu, kata jurucakap kerajaan hari ini.

Nanmadol mendarat di bandar barat daya Kagoshima pada Ahad dan membawa hujan lebat ke wilayah Kyushu sebelum bergerak ke pantai barat.

Sekurang-kurangnya 114 lagi penduduk cedera dan 14 daripada parah. Taufan itu bagaimanapun bergerak perlahan menjadi angin puting beliung apabila ia menyeberangi pantai timur laut dan menuju ke laut.

Taufan itu bukan sahaja menumbangkan pokok, malah membawa taburan hujan lebat ke wilayah Miyazaki, di mana dua kematian disahkan.

Jurucakap kerajaan, Hirozaku Mat-suno, berkata, pihak berkuasa kini masih mengaktifkan operasi mencari seorang mangsa yang hilang.

Awal hari ini, kira-kira 140,000 rumah masih terputus bekalan elektrik di seluruh negara, kebanyakannya di Kyushu.

Jepun kini berada dalam musim taufan dan berdepan sekitar 20 ribut seperti itu setiap tahun. – AFP

Orang ramai berjalan keluar dari stesen kereta api dalam keadaan hujan di Tokyo, 20 September. Taufan Nanmadol yang melanda negara itu meragut empat nyawa dengan ribuan rumah terjejas bekalan elektrik awal pagi ini. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hasrat rai majlis kahwin tak kesampaian

NEW DELHI, 5 OKT - Hasrat 25 individu yang ingin meraikan majlis perkahwinan tidak kesampaian apabila mereka maut selepas bas yang dinaiki terbabas sebelum...
- Advertisment -