4 negara sambut Aidilfitri hari ini

BANGKOK, 12 MEI – Umat Islam di Thailand akan menyambut Aidilfitri pada Khamis ini, umum Sheikhul Islam Thailand, Aziz Phitakkumpon.

“Disahkan anak bulan tidak kelihatan. Oleh itu, hari pertama Syawal jatuh pada Khamis bersamaan 13 Mei,” katanya dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan malam tadi.

Malam tadi, Singapura, Malaysia dan Indonesia juga mengumumkan umat Islam di negara-negara tersebut akan menyambut Aidilfitri, esok. – Bernama