Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 pasukan veteran berentap di Miri

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 April – Empat pasukan dari Negara Brunei Darussalam iaitu Pasukan PSJD, Pasukan Samudera RSC, Pasukan Berakas United dan Pasukan XBES kini bertanding di dalam Kejohanan Piala Persatuan Bola Sepak Veteran Miri 2018 bagi merebut Piala Yang Berhormat (YB) Datuk Haji Ahmad Lai Bujang.

    Empat pasukan tempatan itu ditempatkan di dalam kumpulan yang berasingan iaitu di dalam Kumpulan A, menyaksikan Pasukan Berakas United akan berentap dengan Pasukan BNG, PERKASA dan Miri Old Star.

    Dalam Kumpulan B, Pasukan XBES ditempatkan bersama Pasukan Landas, Pasukan Projek 18 dan Pasukan Wisma FC.

    Sementara itu, Pasukan Samudera RSC pula akan bersaing bersama Pasukan PKWR218, Pasukan 2222 dan Pasukan PSK Miri di dalam Kumpulan C, manakala Pasukan PSJD berada di Kumpulan D bersama Pasukan Perdanaku, Pasukan OHM FC dan Pasukan PEKIDA.

    Dalam perlawanan mereka baru-baru ini, Pasukan Berakas United tewas dua perlawanan di tangan Pasukan BNG dan Pasukan Miri Old Star, masing-masing dengan jaringan 0-4 dan 0-5 dalam perlawanan itu. Mereka masih mempunyai satu baki perlawanan menentang Pasukan PERKASA pada hujung minggu ini.

    PSJD ketika bergambar sebelum beraksi di dalam Kejohanan Piala Persatuan Bola Sepak Veteran Miri 2018 baru-baru ini.

    Sementara itu, Pasukan XBES pula terpaksa menanggung kekalahan di tangan juara Piala Liga Veteran Conelli 2017/18 iaitu Pasukan Landas dengan jaringan 4-1 dan akan menentang Pasukan Wisma RSC pada 15 April ini sebelum menentang Pasukan Projek 18 pada 22 April nanti.

    Manakala, Pasukan Samudera RSC membuka tirai kejohanan kali ini dengan kemenangan 6-1 ke atas Pasukan PSK Miri dan perlawanan kedua pasukan itu juga akan berlangsung minggu ini menentang Pasukan 2222 di Padang MBM Bandaraya Miri, Sarawak dan satu lagi perlawanan menentang PKWR218 pada 22 April nanti.

    Pasukan naib juara Liga Veteran Conelli 2017/2018, Pasukan PSJD pula mencatatkan kemenangan berturut-turut ke atas Pasukan PEKIDA dengan jaringan 6-0 sebelum menumpaskan Pasukan OHM FC dengan jaringan 1-3. Mereka akan berhadapan dengan Pasukan Perdanaku pada 22 April ini nanti.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda