Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    4 pelajar berbakat raih pingat gangsa

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JAN – Empat orang pelajar Tahun 10 telah mewakili negara dalam 11th Online ASEAN+3 Student Camp for the Gifted in Science di mana mereka telah berjaya mendapat pingat gangsa dengan projek yang bertajuk Introduction to Anthocyanins.

    Penyertaan Awang Muhammad Darwish bin Mohammad Azalmey dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, Dayang Mahfuzah Wadi’ah binti Mahwadi dari Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Awang Muhammad Haris Bazly bin Romi Irwin dari Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) dan Dayang Nur Farisah Insan binti Haji Ansamawi dari Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) itu diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan melalui Pusat Perkembangan Pendidikan Cerdas Pintar dan Berbakat.

    Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan, para peserta telah dibimbing oleh Dayang Nurul Faizah binti Ya’akub, guru dari Sekolah Menengah Berakas yang juga menyertai 13th Online ASEAN+3 Teacher Workshop for the Gifted in Science.

    Kem pelajar dan bengkel guru berkenaan merupakan program kelolaan ASEAN+3 Center for the Gifted in Science (ACGS) di bawah pengendalian Kementerian Sains dan ICT, Republik Korea dan Korea Foundation for the Advancement of Science and Creativity (KOFAC) dan disokong oleh Society of International Gifted in Science, Republik Korea serta Sekretariat ASEAN.

    Kedua-dua program tersebut telah diadakan selama lima hari iaitu pada 8, 9, 14, 15 dan 16 Januari secara dalam talian.

    Kem pelajar dalam talian yang bertemakan Science, Treasure Hunting Game itu juga memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mengikuti kuliah secara dalam talian dan terlibat dalam perbincangan yang disampaikan oleh para akademik dari Republik Korea.

    Seramai 262 orang pelajar dan 52 guru daripada sembilan buah negara iaitu Negara Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Laos, Malaysia, Singapura, Thailand, Republik Korea dan Sweden telah menyertai program tersebut.

    Pelajar semasa mengikuti kem pelajar yang dianjurkan secara maya baru-baru ini. –Gambar serahan Kementerian Pendidikan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...