Monday, February 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 pelanggan At-Taqwa Travel Tours menang hadiah

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Mei – Empat orang pelanggan At-Taqwa Travel Tours telah memenangi hadiah menarik dalam majlis cabutan bertuah dan penyampaian hadiah yang berlangsung di Pejabat At-Taqwa Travel Tours, Tungku Link, hari ini.

    Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Ketua Jabatan Haji dan Umrah, Pengiran Fakhrul Razi bin Pengiran Haji Omarali.

    Turut menyampaikan hadiah-hadiah berkenaan ialah Ketua Pegawai Operasi, Haji Shamsul Bahrin bin Haji Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Kewangan, Awangku Mohd Nassiruddeen bin Pengiran Haji Yussof.

    Awangku Mohd Nassirud-deen dipetik sebagai berkata, cabutan bertuah berkenaan adalah sempena Pesta Pelancongan Sabre Brunei yang telah berlangsung pada 2 hingga 4 September 2016 dan Pesta Pelancongan RB Belait pada 4 hingga 5 Mac 2017 lalu.

    “Alhamdulillah, syarikat telah menyertai pesta pelancongan ini kali ketiga yang telah dianjurkan oleh Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) dan Sabre Brunei sepanjang syarikat itu beroperasi.

    Para pemenang bergambar ramai bersama para pegawai yang terlibat.
    Para pemenang bergambar ramai bersama para pegawai yang terlibat.

    “Sebanyak 482 tiket telah dikeluarkan semasa kedua-dua pesta pelancongan berkenaan. Ia telah menampakkan peningkatan hasil penjualan syarikat semasa menyertai pesta berkenaan”.

    Beliau berkata, cabutan bertuah berkenaan bertujuan untuk menyumbang kembali dan memberikan ganjaran kepada pelanggan atas kesetiaan dan sokongan penuh yang telah diberikan.

    Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan semua pelanggan semasa majlis berkenaan, bahawa pendaftaran Pakej Umrah untuk Disember 2017 kini dibukakan bagi jemaah yang berhasrat mengerjakan Ibadah Umrah bersama At-Taqwa.

    Semasa acara itu, empat orang pelanggan yang terpilih memilih sampul surat yang mengandungi hadiah-hadiah menarik, dengan hadiah utama berupa Pakej Umrah telah dimenangi oleh Awang Azmin bin Dato Seri Laila Jasa Haji Ahmad, hadiah kedua berupa tiket penerbangan ke Kuala Lumpur dimenangi Awang Tajul Rizal bin Zainal Abidin dan hadiah ketiga berupa penginapan di Hotel Antarabangsa Rizqun dimenangi oleh Dayang Roziana binti Awang Kahar.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda