4 pemegang kad Baiduri menang hadiah menarik

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV – Empat orang pemenang bertuah yang membuat transaksi antara 1 hingga 31 Oktober lalu menerima hadiah masing-masing pada pusingan kedua cabutan bertuah Promosi Embrace the Rewards of Shopping Locally di Atrium Ibu Pejabat Bank Baiduri, baru-baru ini.

Mereka ialah Ronald bin Selim @ Lim Meng Yen yang membawa pulang telefon pintar Samsung S20, Liew Chee Hau memenangi Set Perabot Metro, sementara itu, Teo Siow Kiam dan Julin anak Gendang masing-masing memenangi SONAX Profiline CC36 Ceramic Coating dan penginapan satu malam berserta Exclusive Dine in Experience di Hotel Radisson.

Kesemua hadiah telah disampaikan oleh Ketua Perniagaan Kad Bank Baiduri, Davern Lim.

Bermula awal September hingga penghujung Disember depan, pemegang kad Baiduri secara automatik menyertai cabutan bertuah bagi setiap jumlah minimum yang dibelanjakan di mana-mana perniagaan yang ikut serta dengan peluang untuk memenangi
hadiah menarik dalam cabutan bulanan dan utama nanti. Cabutan utama menjanjikan pelbagai hadiah lumayan termasuk sebuah Mini One Hatchback 1.5cc, set bilik tidur Ashley Furniture Homestore dan Thermomix T6.

Davern Lim bergambar ramai bersama para pemenang. – Gambar serahan Bank Baiduri