Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    4 pencuri kabel UNN dipenjara lebih 5 tahun, 6 kali sebatan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 FEB – Mahkamah Perantaraan hari ini telah menjatuhkan hukuman ke atas empat orang lelaki kerana mencuri kabel dan menyebabkan gangguan kepada perkhidmatan telekomunikasi pembekal utama.

    Hakim Harnita Zelda Skinner menyimpulkan bahawa hukuman penjara lima tahun empat bulan serta enam kali sebatan adalah wajar bagi Mohd Munawarah Haji Abdul Kadir, 33, Muhammad Dzul Fauzie Musalim, 19, dan Rudy Othman, 41.

    Sementara itu, Husra Metussin @ Hussin, 56, menerima hukuman penjara selama sembilan tahun empat bulan.

    Hukuman sebat mandatori digantikan dengan tambahan penjara tujuh bulan bagi Husra kerana faktor usia lebih 50 tahun.

    Pendakwa Raya Aeny Zullizam mendedahkan di mahkamah bahawa empat lelaki berkenaan telah mencuri 40.5 meter kabel tembaga yang mengandungi 2,000 pasang wayar pada pagi 18 November 2021 di Ibu Sawat UNN, Kampung Sungai Kebun.

    a prisoner hands in handcuffs behind the bars of a prison in orange jumpsuit clothes

    Sepanjang tempoh kejadian tersebut, mereka telah menyebabkan kerosakan bernilai ribuan ringgit kepada UNN sehingga menjejaskan pelanggan UNN.

    Pihak pendakwaan memaklumkan kes kecurian itu ditemui oleh anggota keselamatan yang telah dikejutkan dengan bunyi kecemasan sistem penggera.

    Anggota keselamatan kemudiannya membuat laporan polis dan dengan bantuan rakaman kamera CCTV, defendan berjaya ditangkap. Pada 27 Disember 2021, Husra bergerak solo mencuri 16 meter kabel tembaga yang mengandungi 100 pasang wayar dan kabel gentian optik 144 core bersama penutupnya dari tepi jalan di Kampung Sungai Asam pada jam 1 pagi.

    Ini juga menyebabkan kerosakan bernilai ribuan ringgit kepada UNN dan menjejaskan pelanggan UNN.

    Husra telah ditahan oleh anggota keselamatan ketika berada di dalam lurang.

     

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...