GENEVA, 28 April – Empat pendaki Jerman dilaporkan terbunuh dalam runtuhan salji di pergunungan Swiss Alps, kata polis di selatan Valais, hari ini.
Menurut polis, insiden itu berlaku di perkampungan Fieschertal pada Jumaat, tetapi cuaca buruk menghalang perkhidmatan penyelamat untuk mencari mayat mangsa semalam.
Tambahnya, satu siasatan mengenai punca kematian mereka sedang dijalankan. – AFP