Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    4 produk kosmetik dicemari bahan terlarang

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan Kementerian Kesihatan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OGOS – Kementerian Kesihatan memaklumkan orang ramai supaya tidak menggunakan empat produk kosmetik yang didapati dicemari dengan bahan terlarang yang tidak diisytiharkan susulan ujian makmal Bahagian Farmasi, Jabatan Perkhidmatan Saintifik, kementerian berkenaan.

    Produk-produk kosmetik berkenaan adalah Karisma Cosmetic Sparkle Skin – Karisma Preventing Day Cream, Karisma Cosmetic Sparkle Skin – Karisma Perfect UV Sun-
    screen dan JF Kejelitaan Inspirasiku JF Cream Herba, ketiga-tiganya tiada dinyatakan sumber pengilangnya, telah dicemari dengan merkuri.

    Manakala itu, satu lagi produk dikenali sebagai JF Kejelitaan Inspirasiku JF Cream Treatment telah dicemari dengan Hydroquinone yang juga tidak dinyatakan sumber pengilangnya.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, kementerian itu menyatakan bahawa bahan pencemar dalam produk-produk berkenaan boleh mengakibatkan kesan-kesan mudarat yang membahayakan kesihatan.

    Kenyataan menekankan bahawa Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan kebenaran ke atas pengimportan untuk penjualan produk tersebut dan / atau mengeluarkan Surat Pengakuan Notifikasi Produk Kosmetik bagi penjualan produk-produk
    tersebut.

    Berikutan dapatan ini, produk-produk berkenaan adalah dilarang untuk diimport dan dijual di Negara Brunei Darussalam.

    Orang ramai yang telah membeli atau memakan produk-produk tersebut adalah dinasihatkan untuk memberhentikan pengambilannya dengan serta merta.

    Jika mereka mengalami kesan advers dan merasa tidak sihat selepas memakan produk-produk berkenaan, hendaklah berjumpa doktor dengan segera.

    JF Kejelitaan Inspirasiku JF Cream Herba.
    Karisma Cosmetic Sparkle Skin – Karisma Preventing Day Cream.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...