MIRI, 7 Ogos – Universiti Curtin Malaysia (Curtin Malaysia) telah menawarkan empat daripada tujuh subjek Curtin yang dalam kedudukan 100 teratas di dunia.
Ini diikuti rangking Universiti Curtin dalam 33 daripada 54 subjek dalam ShanghaiRangking Global Ranking of Academic Subjects bagi 2018, termasuk tujuh subjek yang disenaraikan dalam 100 teratas di dunia.
Edisi kedudukan tahun ini, yang disiarkan oleh penerbit Academic Ranking of World Universities’, ShanghaiRanking Consultancy, mengesahkan subjek ranking tertinggi Universiti Curtin masih kekal kejuruteraan mineral dan perlombongan, meningkat ke tangga 14 secara global, naik dari tangga ke-19 tahun lepas.
Naib Pro-Canselor Curtin Malaysia, Presiden dan Ketua Eksekutif Profesor, Jim Mienczakowski (gambar) berkata 100 ranking tertinggi Curtin bagi kejuruteraan mineral dan perlombongan (No.14), kejuruteraan kimia (No. 49), sains bumi (51-75 band) dan pengurusan pelancongan dan hospitaliti (No.44), akan mengukuhkan lagi kursus-kursus berkaitan yang ditawarkan di Curtin Malaysia.
“Global Ranking of Academic Subjects terbaharu menunjukkan yang Universiti Curtin akan terus bertambah baik pada peringkat dunia. Kami teruja Curtin terus menerus meningkat ke ranking dunia ketika universiti itu mengembangkan jejak globalnya bersama kampus-kampus di seluruh Australia Barat, Malaysia, Singapura, Dubai dan Mauritius,” kata Profesor Mienczakowski.