Sunday, December 15, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 suspek pembunuhan ketua komuniti Rohingya ditahan

    DHAKA, 4 OKT – Pihak berkuasa Bangladesh menahan empat suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan ketua komuniti Rohingya di Cox’s Bazar, kata polis pada Ahad lapor agensi Anadolu.

    Mereka ditahan di kem pelarian Cox’s Bazar antara Jumaat pagi dan Sabtu malam, menurut timbalan penguasa polis daerah Md Rafiqul Islam.

    “Siasatan masih berjalan. Kami sangat berhati-hati untuk memastikan bahawa kami dapat tangkap dalang sebenar,” katanya.

    Mohibullah, ketua Arakan Rohingya Society for Peace and Human Rights, maut akibat ditembak di luar pejabatnya di kem Kutupalong, Cox’s Bazar pada Rabu lalu.

    Dia merupakan tokoh popular kepada lebih 1.1 juta pelarian Rohingya di Bangladesh, yang keban-yakannya melarikan diri akibat keganasan tentera di Rakhine, Myanmar pada Ogos 2017.

    Pembunuhannya turut mendapat kecaman kumpulan hak asasi antarabangsa yang mahu pembunuh Mohibullah segera ditangkap. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda