Thursday, February 20, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 Syiah ditembak mati di Pakistan

    QUETTA, Pakistan, 19 Julai – Lelaki bersenjata menyerang sebuah kereta dan membunuh empat sekeluarga dari minoriti Islam Syiah dalam satu serangan sektarian di barat daya Pakistan hari ini, kata polis.

    Lelaki berkenaan menembak ke arah sebuah kenderaan keluarga Syiah Hazara yang berkunjung ke Karachi ketika mereka melintasi Choto, sebuah bandar kira-kira 40km selatan bandar Quetta wilayah Balochistan.

    “Empat orang sekeluarga, termasuk seorang wanita, terbunuh manakala seorang lagi lelaki cedera apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan dengan senjata automatik pada kereta mereka ketika ia perlahan melintasi jalan berbonggol,” kata ketua balai polis tempatan, Abdul Qudoos memberitahu AFP.

    “Ia adalah pembunuhan sektarian ketika keluarga itu tidak mempunyai musuh,” kata Qudoos.

    Ketua polis daerah, Ghazanfar Ali Shah mengesahkan butiran dan berkata polis suspek serangan itu telah dirancang awal, dengan informan di Quetta memaklumkan kepada para penyerang mengenai pergerakan keluarga berkenaan.

    Tiada ada dakwaan siapa yang bertanggungjawab atas serangan itu namun militan Taliban telah menyerang Syiah Hazara pada masa lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda