4 temui ajal asrama runtuh di China

BEIJING, 23 NOV – Sekurang-kurangnya empat orang mati selepas separuh asram pekerja runtuh di wilayah Jiangxi, selatan China, menurut laporan media kerajaan.

Sebahagian bangunan enam tingkat di wilayah Daerah Baharu Ganjiang runtuh malam kelmarin, menurut laporan.

Bangunan itu menempatkan pekerja yang bekerja dalam kilang farmaseutikal dan kebanyakan penghuninya adalah warga emas, menurut badan penyiar kerajaan, CCTV dan media lain.

Bangunan itu dibina dalam 1995, kebanyakannya menggunakan papan batu pasang siap dan dianggap berkualiti rendah. Gambar dan video menunjukkan krew penyelamat menggeledah runtuhan di bawah pancaran cahaya, mencari mangsa terselamat.

Sebahagian bangunan masih lagi utuh, meskipun serupa dengan bahagian yang runtuh. – AP

Imej dari rakaman CCTV menunjukkan bahagian asrama pekerja yang runtuh dengan empat dilaporkan mati dalam kejadian itu. – AP