4 tentera maut dalam serangan di Papua

JAKARTA, INDONESIA, 2 SEPT – Sekumpulan penyerang dipercayai pemberontak Papua Barat telah membunuh empat orang tentera dan mencederakan dua yang lain dalam serangan terhadap sebuah pos tentera di rantau paling timur Indonesia, pihak berkuasa berkata hari ini.

Kira-kira 50 orang penyerang yang dipercayai ahli Tentera Pembebasan Papua Barat, sayap tentera Organisasi Papua Merdeka, menyerbu pos berkenaan dan menyerang enam orang tentera dengan panah, parang dan kapak awal semalam, jurucakap tentera serantau Papua Barat, Hendra Pesireron berkata dalam satu kenyataan.

Dua orang tentera yang cedera parah telah dipindahkan dari pos berkenaan di kampung Kisor, daerah Maybrat bagi rawatan, Pesireron berkata.

Lebih 30 orang anggota tentera dan pasukan perisikan telah dikerahkan untuk mencari para penyerang berkenaan, katanya.

Jurucakap bagi pemberontak berkenaan tidak dapat dihubungi segera bagi komen. – AP