Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    4 terkorban dalam insiden tembakan

    WASHINGTON, 2 JUN – Empat orang terbunuh di bandar barat tengah Tulsa, Oklahoma dalam kejadian tembakan di sebuah hospital tempatan, lapor agensi Anadolu memetik kenyataan pihak polis kelmarin.

    Polis berkata pihaknya menerima satu panggilan mengenai insiden tembakan di Bangunan Natalie di kampus Hospital St. Francis pada 4:52 petang waktu tempatan, dan pegawai menyusul di lokasi kejadian kira-kira empat minit kemudian.

    “Setakat ini empat orang awam dan seorang penembak maut,” kata Timbalan Ketua Polis Eric Dalgleish kepada pemberita.

    Polis turut menemukan selaras senapang panjang dan sepucuk pistol di tempat kejadian dan percaya senjata itu telah digunakan suspek.

    Suspek dipercayai maut akibat menembak diri sendiri.

    Polis berkata identiti suspek belum dapat disahkan namun siasatan awal mendapati penembak seorang lelaki kulit hitam berumur antara 35 hingga 40 tahun.

    Butiran lanjut mengenai motif kejadian tidak dimaklumkan.

    Kejadian berlaku ketika bandar itu menyambut ulang tahun ke-101 tragedi pembunuhan Tulsa, yang menyasarkan penduduk kulit hitam. – Bernama

    Kakitangan kecemasan mengawal keadaan semasa kejadian tembakan di Bangunan Perubatan Natalie, Tulsa kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...