Saturday, October 5, 2024
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 warga asing dipenjara

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Mei – Tiga warga Indonesia dan seorang warga Malaysia diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara serta-merta oleh Mahkamah Majistret, kelmarin, selepas gagal membayar denda atas pertuduhan memiliki barang tegahan.

    Majistret Pengiran Hazirah binti Pengiran Haji Mohd Yusof memerintahkan lima bulan penjara terhadap Suhariyono Sukirno, 49, selepas gagal membayar denda $5,000 atas kesalahan memiliki 192 tin minuman keras di kawasan lama terminal feri Serasa kira-kira jam 8:05 malam pada 28 April 2019.

    Sementara itu, Viki Apriyansyah dan Muhamad Najip bin Suhaily, 26, dijatuhi 13 bulan penjara selepas masing-masing gagal membayar denda $14,400 kerana memiliki 12 karton dan 15 paket rokok di kawasan dan pada waktu yang sama.

    Kiki Riski Widodo juga dijatuhi 13 bulan penjara selepas gagal membayar denda $13,600 atas kesalahan memiliki 17 karton rokok, juga di kawasan lama terminal feri pada 28 April 2019.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda