Thursday, February 13, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    40 banduan Afghanistan dibebaskan dari penjara Pakistan

    KABUL, 14 JAN – Seramai 40 banduan Afghanistan yang dipenjarakan di Pakistan telah dibebaskan dan kembali ke tanah air mereka, Afghanistan, kata Kementerian Pelarian dan Repatriasi negara itu dalam kenyataan berasingan hari ini.

    Menurut kenyataan kementerian tersebut, 19 tahanan yang dipenjara di Pakistan selama dua bulan hingga lima tahun telah dibebaskan dan kembali ke Afghanistan kelmarin.

    Sementara itu, 21 warga Afghanistan yang tidak mempunyai dokumen sah yang dipenjarakan di Pakistan juga telah dibebaskan dan kembali ke tanah air mereka pada Ahad. Kementerian tersebut turut menambah bahawa 45 tahanan Afghanistan telah dibebaskan dari penjara Pakistan dan kembali ke rumah mereka tiga hari lalu. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda