40 dilantik AJK Takmir Masjid Kg Sg Besar

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 NOV – Seramai 40 ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Kampung Sungai Besar bagi tahun 2020-2022 telah menerima surat lantikan mereka pada majlis yang diadakan di masjid berkenaan, hari ini.

Hadir pada majlis itu dan seterusnya menyampaikan surat lantikan kepada ahli-ahli baharu berkenaan ialah Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Haji Amir Hisham bin Haji Masri selaku tetamu kehormat.

Haji Amir Hisham semasa menyampaikan ucapan turut menekankan supaya AJK takmir masjid berkenaan melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing bagi membantu pegawai-pegawai masjid dalam menyempurnakan dan memajukan serta hal ehwal kebajikan masjid.

Menurutnya, lantikan itu merupakan satu tanggungjawab dan tugas yang mulia di sisi Allah SWT kerana pekerjaan itu merupakan satu ibadah dan mereka yang diamanahkan menggalas tanggungjawab itu perlulah menjadi kepercayaan pihak jemaah masjid.

AJK takmir sesi 2020-2022 turut mengekalkan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman sebagai penaung.

Masjid berkenaan sebelum ini telah berjaya mengendalikan pelbagai program keagamaan dan kemasyarakatan melalui aktiviti-aktiviti yang telah disusun bagi menyatupadukan masyarakat di kampung berkenaan, selain ahli jawatankuasanya berperanan memakmurkan dan mengimarahkan masjid.

Saudara-saudara baharu ketika melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis pengislaman berkenaan.