Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    40 juta lagi berdepan risiko kebuluran

    PARIS, 4 MEI – Jumlah orang yang menghadapi kebuluran meningkat kepada 193 juta tahun lalu ketika konflik, perubahan iklim dan krisis ekonomi menjejas mata pencarian penduduk, kata Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini.

    Sementara pakar telah mengingatkan bahawa perang Rusia di Ukraine mungkin mencetuskan kebuluran, FAO berkata dalam laporan tahunan bahawa hampir 40 juta penduduk lagi telah mengalami ‘kekurangan makanan akut’ pada 2021.

    Di antara 53 negara yang berdepan masalah itu, negara paling teruk terkesan termasuk Republik Demokratik Congo, Etiopia, Yaman dan Afghanistan di mana jutaan penduduk berdepan kelaparan selepas negara terjerumus dalam krisis kewangan berikutan pengambilalihan Taliban pada 2021.

    PBB mentakrifkan ‘kekurangan makanan akut’ sebagai apabila seseorang tidak mendapatkan jumlah makanan yang mencukupi dan keadaan itu mengancam nyawa atau kelangsungan hidup secara serta-merta.

    “Ia adalah situasi kelaparan yang berisiko berubah kepada kebuluran dan mengakibatkan kematian beramai-ramai,” kata FAO.

    Jumlah tersebut telah meningkat mendadak sejak laporan pertama disiarkan oleh FAO, Program Makanan Sedunia dan Kesatuan Eropah pada 2016. – AFP

    Rukiyo Adan Mahad bermain dengan anak perempuannya Samyia di katil unit nutrisi Hospital Gode di Gode, Etiopia pada 5 April 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...