BARCELONA, 15 Ogos – Barcelona telah menjadikan pemain tengah antarabangsa Brazil, Paulinho pembelian pertama mereka sejak pemergian rekod dunia Neymar selepas bersetuju dengan yuran 40 juta euro dengan kelab China, Guangzhou Evergrande.
“Barcelona dan Guangzhou Evergrande telah mencapai persetujuan bagi perpindahan Paulinho Bezerre sebanyak 40 juta euro,” menurut Barce dalam satu kenyataan.
Pemain berusia 29 tahun itu telah menandatangani perjanjian empat tahun dengan klausa beli 120 juta euro dan secara rasminya diperkenalkan esok.
Pengumuman pembelian ketiga Barca itu selepas Gerard Deulofeu dan Nelson Semedo hadir hanya beberapa jam selepas Catalan mengalami kekalahan 3-1 di gelanggang sendiri kepada Real Madrid dalam aksi Piala Super Sepanyol hujung minggu lalu.
Pemain tengah Sergio Busquets telah memberikan tekanan ke atas lembaga kelab dengan mendakwa Barca perlu menguatkan skuad mereka sebelum perpindahan jendela perpindahan ditutup 31 Ogos ini.
Barca setakat ini gagal dalam usaha mereka mencari pengganti Neymar dengan bidaan mahal untuk Philippe Coutinho dan Ousmane Dembele masing-masing ditolak oleh Liverpool dan Borussia Dortmund.
Bagaimanapun, ketibaan Paulinho tidak dialu-alukan oleh penyokong Barca.
Ini adalah kerana kerjaya Paulinho di tahap kelab di Eropah tidak begitu baik. – AFP