Friday, October 11, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    40 kanak-kanak dibawa membeli-belah

    LABUAN, 12 Jun – Sebuah syarikat minyak dan gas, Serba Dinamik Group Berhad membawa 40 kanak-kanak terdiri daripada anak yatim dan anak asnaf membeli-belah di Kompleks Ujana di sini bersempena Aidilfitri.

    Timbalan Presidennya Pangeran Datuk Daud Pangeran Putra Abdul Rahman Mohd Nasri berkata setiap mereka menerima RM200 dan tambahan duit raya sebanyak RM50 untuk membeli apa sahaja yang mereka mahu bagi menyambut hari raya nanti.

    “Program Semurni Kasih Ramadan dianjurkan bersempena Aidilfitri yang bakal tiba, ia merupakan sesuatu yang baik apabila dapat memberikan senyuman dan kegembiraan kepada mereka yang kurang bernasib baik pada bulan Ramadan ini.

    “Kami mahu anak-anak yatim dan anak asnaf ini menyambut hari raya dengan meriah,” katanya dan menambah kanak-kanak itu ditemani kakitangan syarikat yang membantu mereka memilih baju baharu dan keperluan lain.

    Beliau berkata program tanggungjawab sosial korporat tahunan itu bertujuan mendekati golongan kurang bernasib baik. – Bernama

    Seramai 40 kanak-kanak telah dibawa membeli-belah oleh syarikat Serba Dinamik Group Berhad. – Bernama
    Seramai 40 kanak-kanak telah dibawa membeli-belah oleh syarikat Serba Dinamik Group Berhad. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda