Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    40% konglomerat Korea S rancang pelaburan rendah

    SEOUL, 22 JAN – Lebih empat daripada 10 konglomerat Korea Selatan merancang mengurangkan pelaburan di dalam dan luar negara pada tahun ini di tengah-tengah kelembapan ekonomi global serta keadaan pasaran yang semakin teruk.

    Tinjauan oleh Persatuan Perdagangan Antarabangsa Korea (KITA) baru-baru ini mendapati 47 peratus daripada 1,327 syarikat yang mempunyai jualan luar negara sebanyak AS$500,000 atau lebih pada tahun lepas meramalkan perniagaan akan merosot tahun ini.

    Kira-kira 16.9 peratus daripada responden menjangkakan pemulihan, lapor Agensi Berita Yonhap.

    Sebanyak 29.5 peratus syarikat memutuskan untuk mengurangkan pelaburan di dalam negara dan 27.5 peratus lagi di luar negara.

    Berdasarkan tinjauan mengikut sektor sebanyak 45 peratus daripada firma semikonduktor akan mengurangkan pelaburan baharu pada 2023.

    “Kejatuhan pelaburan oleh konglomerat besar boleh menjejaskan prestasi eksport keseluruhan negara dan daya saing korporat dalam pasaran global.

    “Ia diperlukan untuk melaksanakan pelbagai insentif cukai dan langkah lain dengan pantas untuk menghidupkan semula sentimen pelaburan,” kata seorang pegawai KITA.

    KS bergelut dengan kelemahan momentum eksport dan peningkatan defisit perdagangan dalam beberapa bulan kebelakangan ini berikutan harga tenaga yang tinggi, gangguan rantaian bekalan dan kemelesetan ekonomi global susulan pengetatan monetari.

    Menurut kerajaan eksport dijangka mencatatkan penurunan sebanyak 4.5 peratus pada 2023.

    Bank of Korea mengunjurkan pada November ekonomi negara akan berkembang 1.7 peratus pada 2023. -Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...