Friday, April 18, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    40 lagi pelanggan aspirasi bibd terima ganjaran

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Lima lagi pemenang suku tahunan Program Ganjaran Aspirasi Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah membawa pulang wang tunai $10,000 setiap seorang dalam majlis penyampaian hadiah bulanan yang berlangsung di BIBD Connects, di sini, hari ini.

    Majlis turut menyaksikan 35 orang pemenang bulanan membawa pulang wang tunai $1,000 setiap orang.

    Penyampaian hadiah berjumlah $85,000 keseluruhannya kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Urusan BIBD, Hajah Noraini bin Haji Sulaiman.

    Program Ganjaran Aspirasi 2 BIBD merupakan program unik yang mana ia tidak mempunyai sebarang tarikh tutup dan para pelanggan layak bagi hadiah berkenaan termasuk hadiah utama tahunan berjumlah $250,000, asalkan mereka mengekalkan penyertaan dengan membuat simpanan dalam BIBD Aspirasi selama 90 hari.

    Pemangku Ketua Perbankan Runcit BIBD, Awang Irwan bin Lamit berkata, kemapanan dan kejayaan program berkenaan adalah daripada sokongan berterusan para pelanggan.

    “Ini bermakna pelanggan kami memahami pentingnya program ini walaupun ia memberi ganjaran, ia juga menimbulkan budaya menyimpan di kalangan rakyatBrunei.

    “Oleh itu, kami amat berbangga dapat memperkenalkan program yang menyokong agenda nasional mewujudkan masyarakat celik kewangan,” tambahnya.

    Gambar ramai para pemenang suku tahunan dan bulanan Program Ganjaran Aspirasi BIBD.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda