40 maut, denggi terburuk di Bangladesh

DHAKA, 13 OGOS – Sekurang-kurangnya 40 orang maut di Bangladesh dalam letusan wabak denggi terburuk negara itu, menurut pegawai hari ini, ketika hospital yang terlebih pesakit, bergelut untuk merawat beribu-ribu pesakit.

Wabak penyakit bawaan nyamuk itu yang mengakibatkan simptom seperti selesema boleh membawa maut jika ia bertukar kepada demam berdarah, lazimnya berlaku di negara-negara Asia Selatan semasa musim monsun antara Jun sehingga September—namun tahun ini penyakit itu mencapai tahap epidemik.

“Kami mengesahkan 40 kematian berkaitan denggi setakat ini pada Isnin,” dia memberitahu AFP. Media tempatan bagaimanapun meletakkan angka kematian lebih tinggi, mencecah 100 minggu lalu. – AFP