40 mayat pesawat terhempas ditemui

KARACHI, 22 MEI – Lebih 40 mayat ditemui dari nahas kapal terbang penumpang Pakistan yang membawa lebih 100 penumpang dan terhempas di selatan bandar Karachi hari ini, kata pihak berkuasa penerbangan negara.

Gambar yang disiarkan di televisyen negara menunjukkan pesawat Pakistan International Airlines (PIA) telah terhempas di kawasan perumahan, dengan asap hitam tebal berkepul-kepul naik ke udara.

Dianggarkan lebih 50 mayat masih belum ditemui terperangkap dalam serpihan, menurut Mejar Mohammad Mansoor yang menyelia kerja-kerja menyelamat.

“Kapal terbang terhempas di Karachi. Kami berusaha mengesahkan jumlah penumpang, laporan awal mengatakan 99 penumpang dan lapan kru,” kata Abdul Sattar Khokhar, jurucakap pihak berkuasa penerbangan negara, menambah penerbangan datang dari Lahore.

Khokhar menambah pesawat udara Airbus A320 itu sedang dalam perjalanan ke Karachi ketika ia terhempas. – AFP

Anggota sukarelawan berusaha mencari mangsa selamat dari kapal terbang yang terhempas di kawasan perumahan di Karachi, Pakistan kelmarin. – AP