Wednesday, February 19, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    40 orang daftar sertai Program Fitsquad fasa baru

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    KUALA BELAIT, 14 Julai – Kira-kira 40 orang telah mendaftar untuk menyertai Program Fitsquad fasa baru bagi musim ketiga yang telah bermula pada 7 Julai lalu sehingga 1 September nanti.

    Program tersebut merupakan kesinambungan aktiviti anjuran Team Mirul, yang diadakan setiap petang dan malam mengikut jadual yang telah diaturkan penganjurnya.

    Program selama dua bulan itu diadakan antara lain untuk mendapatkan berat badan yang sihat dan ideal, selain untuk membina kekuatan fizikal supaya lebih berstamina, bertenaga dan juga bagi mengawal obesiti melalui pemantauan pola pemakanan.

    Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program termasuklah Hiking/Trail, senaman Tabat, Dumble Cardio Workout dan strongzumba, berlari, joging dan sebagainya yang diadakan di kawasan Taman Cendera Kenangan, selain di pentas Water Front dan di Kompleks Sukan Mumong serta di kawasan Perhutanan Sungai Liang iaitu aktiviti mendaki bukit dan bagi aktiviti senaman di Studio NemFitness, di sini.

    Antara peserta Program Fitsquad fasa baru musim ketiga.
    Antara peserta Program Fitsquad fasa baru musim ketiga.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda