Saturday, December 7, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    40 pegawai terima sijil kursus induksi

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 OKT – Seramai 40 orang pegawai menyertai, menamatkan serta menerima sijil mereka dalam Majlis Penutup Kursus Induksi bagi Pegawai-pegawai Tempatan Baru Berkhidmat di Kementerian Kesihatan bagi 2024 yang berlangsung di Dewan Al-Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Hadir untuk menyempurnakan penutup rasmi kursus dan menyampaikan sijil kepada para peserta induksi ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional), Dr Hajah Rafidah binti Haji Gharif, ketua-ketua jabatan serta pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.

    Kursus induksi bagi pegawai-pegawai C3 ke atas yang baru berkhidmat di Kementerian Kesihatan sejak 2021 itu dikendalikan oleh Bahagian Perkembangan Sumber Tenaga Manusia, Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, Kementerian Kesihatan.

    Kursus yang dijalankan selama empat hari bermula pada 14 hingga hari ini bermatlamat untuk memberi pendedahan dan pengetahuan asas mengenai dasar-dasar dan falsafah negara, misi, visi dan matlamat Kementerian Kesihatan, peraturan-peraturan kerja dalam perkhidmatan awam serta kemudahan-kemudahan dalam perkhidmatan awam.

    Di samping itu, kursus induksi berkenaan diharap akan dapat mewujudkan kerjasama berpasukan dalam kalangan pegawai-pegawai, menerapkan unsur-unsur nilai Islam dalam perubatan dan kesihatan serta memperkenalkan budaya dan etika kerja yang positif.

    Haji Maswadi hadir semasa menyampaikan sijil kepada penerima. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Para jemputan yang hadir ke majlis tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda