Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    40 pelajar IPT menang hadiah menarik TBA

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 SEPT – Seramai 40 pelajar dari institusi pengajian tinggi di negara ini telah menerima hadiah menarik daripada Takaful Brunei Am Sdn Bhd (TBA) melalui promosi Takaful Kemalangan Diri untuk Pelajar yang telah berjalan dari Jun hingga Julai lalu.

    Penyampaian hadiah pada majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat TBA, Beribi telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Operasi Perniagaan TBA, Haji Mohd Fuad Hamdi bin Pehin Dato Haji Salim.

    Daripada jumlah pelajar yang berjaya diundi secara rambang menggunakan sistem berkomputer, seramai 12 orang pelajar telah menerima hadiah komputer riba, manakala 28 lagi menerima hadiah wang tunai.

    Selain itu, pelajar yang mengambil bahagian melalui Aplikasi Mudah Alih Takaful Brunei juga berpeluang memenangi hadiah sehingga $15,000 sebagai sebahagian daripada promosi berterusan SANANG2MANANG Takaful Brunei.

    Takaful Kemalangan Peribadi untuk Pelajar TBA menyediakan perlindungan 24 jam di seluruh dunia untuk pelajar sekiranya berlaku kematian dan hilang upaya kekal sepenuhnya akibat kemalangan, punca semula jadi atau penyakit dan perbelanjaan perubatan akibat kemalangan.

    Haji Mohd Fuad Hamdi bergambar ramai bersama pelajar bertuah yang memenangi hadiah menerusi promosi Takaful Kemalangan Diri untuk Pelajar.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...