40 pelapis imam, bilal sertai bengkel

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 SEPT – Seramai 40 orang daripada kalangan pelapis imam dan bilal dari masjid-masjid Daerah Brunei dan Muara Zon 2 mengikuti bengkel tugas-tugas khas masjid yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

Bengkel diadakan untuk meningkatkan lagi pengalaman mengenai tugas-tugas di masjid dan menghalusi bacaan-bacaan dalam sembahyang di mana tenaga pengajar terdiri daripada pegawai-pegawai masjid.

Ia diungkayahkan bersama oleh Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Brunei dan Muara dan ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Salambigar.

Para peserta semasa mengikuti bengkel dua hari berkenaan.