40 penyu laut terima rawatan akibat pneumonia

GULFPORT, MISSISSIPPI, 7 DIS – Sebanyak 40 ekor penyu laut yang cedera apabila perairan di luar Massachusettes menjadi dingin dengan amat mendadak sehingga mereka tidak sempat berenang keluar sedang dirawat di Akuarium Mississippi, dibawa ke sana oleh kumpulan perintis dikenali sebagai Turtles Fly Too.

Kesemuanya spesies Kemp’s ridley, penyu laut paling kecil di dunia dan paling terancam daripada enam spesies yang ditemui di perairan AS, kata akuarium dalam satu siaran media semalam. “Kesemua 40 penyu Kemp’s ridley adalah kecil, dengan berat 1 kilogram, kata Alexa Delaune, naib presiden perkhidmatan veterinar akuarium. Kebanyakannya menunjukkan tanda-tanda pneumonia dan akan dirawat dengan antibiotik, kata beliau.

Penyu laut boleh menjadi lesu apabila dikejutkan oleh air yang sejuk di sekitar mereka sebelum mereka sempat berenang ke perairan lebih panas. Kesejukan itu sendiri boleh membunuh mereka. Ia juga boleh membawa kepada pneumonia, kejutan dan reput fros.

Beberapa pakar percaya perubahan iklim sedang menambah jumlah penyu yang terjejas di luar Cape Cod setiap musim sejuk.

Kumpulan penyu ini diterbangkan ke Gulfport pada Jumaat lalu selepas Akuarium New England di Massachussetts kehabisan bilik dan meminta bantuan, kata jurucakap Akuarium Mississippi Jeff Clark. – AP

Gambar serahan Akuarium New England menunjukkan penyu laut Kemp’s ridley berenang dalam tangki di Hospital Penyu Laut Akuarium New England di Quincy. – AP