40 peratus kilang belum bayar pekerja

DHAKA, 13 Jun – Hampir 40 peratus kilang pakaian, yang kebanyakannya kecil dan bukan ahli mana-mana badan perdagangan seperti Persatuan Pengeluar Pakaian dan Pengeksport Bangladesh (BGMEA)

atau Persatuan Pengeluar Pakaian Jahit dan Pengeksport Bangladesh (BKMEA), belum membayar gaji pekerja atau bonus perayaan walaupun Aidilfitri tidak lagi lama berlangsung.

Kebanyakan daripada 4.4 juta pekerja kilang pakaian yang bekerja di hampir 5,500 kilang dijangka pulang ke kampung halaman mereka untuk meraikan Hari Raya dengan keluarga mereka yang tersayang.

Menurut Ketua Pengarah Polis Perindustrian Bangladesh, Mohd Nawsher Ali, kira-kira 400 kilang, yang mempunyai anggaran pekerja seramai 90 hingga 300 pekerja setiap kilang, disenaraikan sebagai ‘diragui’ untuk membayar gaji pekerja-pekerja mereka sebelum Syawal ini.

Tambahnya, daripada jumlah tersebut, ada yang belum mem-bayar sama ada gaji untuk bulan Mei atau bonus bagi perayaan festival.

Kebanyakan kilang-kilang yang belum membayar gaji pekerja bukan ahli BGMEA ataupun BKMEA.

Oleh itu, sangat sukar pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab untuk melunaskan pembayaran gaji pekerja sebelum raya ini, kata Ali, sambil menambah bahawa beberapa pemilik kilang di

Dhaka dan kawasan berse-belahannya telah melarikan diri. – The Daily Star / ANN