40 perusuh mati ditembak pasukan keselamatan Iraq

BAGHDAD, 29 NOV – Imam Syiah tertinggi Iraq mengingatkan hari ini mengenai perang saudara selepas keganasan di mana anggota keselamatan menembak mati 40 orang di ibu negara dan wilayah selatan, menggesa penggubal undang-undang supaya ‘menimbang semula’ sokongan mereka terhadap kerajaan sekarang.

Tiga lagi pembantah dibunuh dan lapan cedera oleh anggota keselamatan pada hari ini yang menggunakan peluru hidup di selatan bandar Nasiriyah, di tengah keganasan berterusan selepas pertumpahan darah pada hari sebelumnya.Ayatollah Ali al-Sistani berkata parlimen yang memilih kerajaan Perdana Menteri Adil Abdul-Mahdi seharusnya ‘menimbang semula pilihan mereka’ dalam khutbah hari ini yang disampaikan di bandar suci Najaf menerusi seorang wakil.

“Kami menyeru Dewan Perwakilan di mana kerajaan sekarang ditubuhkan supaya menimbang semula pilihannya berhubung perkara tersebut,” kata al-Sistani dalam kenyataan.

Al-Sistani juga berkata pembantah patut membezakan di antara penunjuk perasaan aman dan mereka yang cuba menghasut gerakan menjadi ganas, berikutan pembakaran bangunan konsulat Iran di Najaf pada Rabu yang dikatakan oleh pegawai kerajaan dilakukan oleh pemsabotaj dari luar pembantah aman.

Selepas khutbah, Qais al-Khazali, ketua kumpulan militia disokong Iran menulis di Twitter, “Saya menurut perintah sebagai pengikut anda, dan saya bersedia menyokong anda.”

Parti Dakwa Islam menggesa parlimen bersidang dengan segera dan memilih sebuah kerajaan alternatif. –AP

Pembantah antikerajaan berkumpul di Jalan Rasheed ketika pertempuran dengan anggota keselamatan di Baghdad, Iraq pada 28 November. – AP