Wednesday, October 16, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    40 peserta bengkel CSPS terima sijil

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Ogos – Seramai 40 peserta yang menghadiri siri Bengkel Perkembangan Eksekutif Pusat Pengajian Strategik dan Dasar (CSPS) berhubung tajuk ‘Pandangan Strategik’ dan P’erancangan Strategik’ telah menerima sijil penyertaan mereka setelah berjaya menamatkan siri pertama dari tiga bengkel tersebut.

    Penyampaian sijil anugerah itu juga disampaikan kepada Pegawai Penyelidik Kanan di Kementerian Pertahanan, Awang Jolkipli bin Haji Hidop; Pengurus Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), Jason Lih Cheng Kok; dan Pegawai Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, Awang Mohammad Munawir Shazali bin Haji Mohd Idris kerana menjadi tiga Futuris Brunei yang terbaik dengan menunjukkan pemahaman mendalam mengenai masa depan dan pandangan strategik serta aplikasinya kepada dasar.

    Di samping itu, pasukan pemenang bagi permainan baru dan aktiviti menghiburkan yang menguji matlamat masa depan ke atas kemungkinan beberapa senario masa depan – juga dianugerahkan dengan hadiah penghargaan.

    Salah seorang peserta bengkel menerima sijil.
    Salah seorang peserta bengkel menerima sijil.

    Penyampaian sijil-sijil telah disampaikan oleh Ketua Penyelidik CSPS, Dr. Diana Cheong, sementara anugerah dan penghargaan telah disampaikan oleh Penyelidik Kanan CSPS, Dr. Ivana Milojevic dan Pengarah Action Foresight di Australia, Dr. Jose Ramos.

    Para peserta akan meneruskan lagi pusingan kedua dan ketiga bengkel itu dengan tajuk ‘Perancangan Strategik Menggunakan Sistem Daya Fikir’ dan ‘Tindakan Pembelajaran dan Penilaian’ pada bulan September dan November.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda