40 sertai bengkel menapih sinjang
Oleh Ak Zaki Kasharan BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Okt – Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) kelmarin mengadakan Bengkel Intesif Menapih Sinjang di Dewan Ta’lim kolej berkenaan. Bengkel anjuran Pejabat Ra’es KUPU SB itu disertai seramai 40 orang pegawai-pegawai kanan, staf akademik dan bukan akademik lelaki kolej tersebut dan disampaikan oleh fasilitator undangan


































