Friday, December 13, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    40 sertai program masakan PKWE

    Oleh Nurdiyanah R.

    TUTONG, 20 OKT – Dengan hasrat untuk mengisi masa persaraan dengan sebaik-baiknya, Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Daerah Tutong telah mengadakan program masakan mi bandung di pusat berkenaan, baru-baru ini.

    Program masakan yang diungkayahkan oleh Biro Keusahawanan dan Perekonomian PKWE itu telah disertai oleh lebih 40 orang ahli yang mana telah ditunjuk cara oleh Hajah Ainah binti Hulubalang Haji Abdul Wahab.

    Selaku penolong ketua biro berkenaan, Hajah Ainah menjelaskan bahawa program seumpamanya merupakan platform terbaik untuk meningkatkan kemahiran masakan dalam kalangan ahli tidak kira wanita mahu pun lelaki.

    Di samping itu, program berkenaan juga bertujuan untuk mengeratkan lagi jalinan persaudaraan sesama ahli dan warga emas di Daerah Tutong.

    Antara ahli Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Daerah Tutong yang menyertai program masakan mi bandung bertempat di pusat berkenaan, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda