40 tahun sejak revolusi Islam

TEHRAN, 11 Feb – Beribu-ribu rakyat Iran hari ini berhimpun di tengah Tehran bagi menyambut ulang tahun ke-40 sejak revolusi Islam, gelombang politik yang menamatkan millennia monarki dan masih bergema di beberapa tempat di negara itu.

Trafik telah dialihkan daripada jalan-jalan raya yang menghala ke perkarangan Azadi menjelang perhimpunan bagi memperingati hari pada 1979 apabila Ayatollah Ruhollah Khomeini menggulingkan kerajaan terakhir shah.

Beberapa buah gerai yang didirikan oleh institusi negeri telah memberikan teh dan kek sementara koir menyanyikan lagu revolusi tatkala orang ramai berhimpun meskipun hujan.

Replika peluru berpandu balistik dan pelayaran dipamerkan bagi menyatakan keingkaran ekoran ketegangan dengan Amerika Syarikat (AS).

Negara itu menyifatkan sambutan ulang tahun ke-40 pada tahun ini sebagai simbol kematangan tradisi Islam dan usianya apabila Nabi Muhammad SAW menerima wahyu daripada Allah SWT.

Meskipun acara rasmi disambut hari ini, negara itu berdepan cabaran ekonomi di mana ia bergelut dengan isu domestik dan sekatan AS.

Persembahan bunga api diadakan pada malam kelmarin di seluruh Tehran.

Sebelum persembahan bunga api, para penyokong revolusi melaungkan ‘Allahu Akbar’ dari bumbung, mengingatkan semula bantahan yang menyebabkan Khomeini berkuasa empat dekad lebih awal.

Pemimpin pada masa sekarang, Ayatollah Ali Khamenei dijangka akan mengeluarkan butiran lanjut bagi menerangkan langkah kedua dalam kemajuan revolusi Islam, menurut laman sesawang rasminya. – AFP

Orang ramai mengibarkan bendera Iran semasa acara sambutan ulang tahun ke-40 Revolusi Islam di Azadi, Tehran kelmarin. – AP