Sunday, March 23, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    40 terima sumbangan PKWE

    Oleh Nurdiyanah R.

     

    TUTONG, 8 Ogos – Dengan matlamat untuk meringankan beban orang-orang kurang berkemampuan di negara ini, Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Tutong telah menganjurkan Program Sumbangan Jalinan Taqwa di bangunan pusat berkenaan, pagi tadi.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada program yang diadakan buat kali ketiga itu ialah Pengerusi Lembaga

    Bandaran Daerah Tutong, Haji Azmi bin Haji Abdul Rahim yang turut menyampaikan sumbangan kepada 40 orang penerima.

    Adapun objektif utama program berkenaan adalah untuk memberi kesedaran kepada ahli-ahli pusat berkenaan dan masyarakat di negara ini akan kepentingan amalan bersedekah kepada insan-insan yang sangat memerlukan bantuan baik dari segi kewangan dan juga tenaga.

    Tetamu kehormat dan ahli-ahli PKWE Tutong bergambar ramai bersama para penerima sumbangan, pagi kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda