Saturday, December 2, 2023
27.2 C
Brunei

    -

    400 butiran peribadi individu hilang, gara-gara mabuk

    TOKYO, 15 OGOS – Seorang pegawai polis Jepun mabuk dan tertidur di jalanan, menyebabkan dokumen siasatan mengandungi butiran peribadi kira-kira 400 orang termasuk suspek jenayah hilang, kata polis dan media tempatan.

    Pegawai polis berusia 49 tahun di wilayah barat Hyogo itu didakwa kehilangan beg mengandungi dokumen terbabit antara jam 11 malam Jumaat lalu hingga 5 pagi kelmarin, seorang pegawai polis memaklumkan AFP hari ini.

    Dokumen terbabit mengandungi banyak nama dan alamat, katanya, tanpa mengulas lebih lanjut.

    Media Jepun memetik seorang pegawai polis sebagai berkata bahawa anggota itu keluar minum bersama rakan sekerjanya dan tertidur di jalan bersama beg itu. Apabila terbangun berhampiran stesen kereta api, beg dokumen itu sudah hilang.– AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS$2.2 juta dilarikan perompak bersenjata

    NEW DELHI, 1 DIS – Perompak bersenjata melarikan 188 juta rupee (AS$2.2 juta) dari sebuah bank di negeri timur laut Manipur yang dilanda keganasan. Rompakan...