45 terkorban bas terbakar di Sofia

SOFIA, 23 NOV – Sekurang-kurangnya 45 orang, termasuk belasan kanak-kanak, terkorban selepas bas yang mereka naiki terbakar awal pagi tadi di selatan ibu kota Bulgaria, menurut pegawai.

Punca kebakaran masih belum diketahui namun pegawai percaya api berlaku dari dalam dan bas tersebut kemudian merempuh pagar.

Tiada kenderaan lain terlibat dalam kemalangan, pada kejadian yang berlaku sekitar 2 pagi (waktu tempatan) di lebuh raya kira-kira 40 kilometer dari Sofia, berhampiran perkampungan Bosnek.

“Daripada semua mangsa, 12 adalah mereka yang berusia bawah 18 tahun,” menurut ketua polis kebangsaan, Stanimir Stanev.

Dia memberitahu penyiar televisyen bTV bahawa 45 daripada 52 orang pe-numpang bas terkorban.

Nikolay Nikolov, ketua Jabatan Keselamatan Kebakaran dan Perlindungan Awam, Kementerian Dalam Negeri, memberitahu penyiar BNT bahawa tujuh penumpang berjaya terselamat.

Mereka telah dibawa ke hospital di ibu kota dengan kecederaan lecur serius, tambahnya.

Menurut bTV, bas yang membuat perjalanan dari bandar utama Turki, Istanbul menuju Skopje di Utara Macedonia. – AFP

Bas malang yang terbakar di selatan ibu kota Bulgaria yang meragut sekurang-kurangnya 45 jiwa. – AP