Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    41 banduan maut dalam rusuhan penjara

    QUITO, 10 MEI – Rusuhan penjara di wilayah Pichincha, Ecuador menyebabkan sekurang-kurangnya 41 banduan maut manakala 13 lagi cedera, lapor Xinhua, memetik agensi pengurusan penjara pada Isnin.

    Menurut kenyataan agensi pengurusan penjara itu, rusuhan tercetus pada pukul 2 pagi waktu tempatan di sel kawalan ketat selepas seorang ketua kumpulan jenayah dipindahkan ke sel itu atas perintah mahkamah.

    Selain itu, 112 banduan yang cuba melarikan diri dari penjara ketika pergaduhan tercetus telah ditahan semula.

    Polis turut menemukan senjata semasa menggeledah sel itu termasuk empat raifal, tiga pistol, revolver, empat bom tangan dan 1,800 kaliber 2.23. 

    Sistem penjara Ecuador sering diancam krisis akibat pertempuran berterusan antara kumpulan pengedar dadah yang bersaing untuk mengawal penjara.

    Pada 2021, rusuhan penjara menyebabkan lebih 300 banduan terkorban. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...