Sunday, July 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    41 buah trak memasuki bandar kawalan pemberontak

    DAMSYIK, 13 Feb – Satu konvoi 41 buah trak yang membawa bantuan kemanusiaan semalam memasuki bandar yang dikawal oleh pemberontak Rastan di tengah wilayah Homs, kata Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).

    Bantuan termasuk makanan, bekalan perubatan dan selimut untuk hampir 110,000 orang di bandar, kata ICRC.

    Ia menambah penghantaran adalah hasil operasi bersama di antara ICRC, Palang Merah Arab Syria (SARC) dan PBB.

    Rastan dan bandar Talbiseh adalah dua bandar yang masih dikawal oleh pemberontak di kawasan desa Homs.

    Disebabkan konflik di kawasan itu, infrastruktur al-Rastan telahpun dimusnahkan, dengan aktivis pembangkang meminta pertubuhan kemanusiaan supaya membantu dalam mendapatkan minyak diesel untuk mengendali stesen air utama di bandar berkenaan.

    Aktivis mengadu tentang pengepungan selama empat tahun oleh tentera kerajaan di bandar. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda