Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    41 pain darah berjaya dikumpul

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MAC – Sebanyak 41 pain darah telah berjaya dikumpulkan semasa Kempen Derma Darah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39 yang berlangsung di Dewan Seri Kenangan, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Tutong, hari ini.

    Kempen yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), dan Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) tersebut bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari.

    Ia disasarkan kepada penduduk Daerah Tutong, pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan, persatuan-persatuan dan orang awam dari Daerah Tutong.

    Sebagai salah satu acara yang telah dirancang dalam acara Semarak Hari Kebangsaan, kempen berkenaan diadakan untuk memberikan kesedaran kepada orang awam mengenai kepentingan menderma darah yang mana boleh menyelamatkan nyawa dan membantu pihak Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS dalam menambah stok darah yang ada pada masa ini.

    Antara penderma darah di Dewan Seri Kenangan, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Tutong, kelmarin. – Gambar serahan KSSUP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...