Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    42 cedera diserang monyet

    TOKYO, 25 JULAI – Pihak berkuasa tempatan di bandar Yamaguchi Jepun berkata hari ini mereka telah menggunakan senapang dibubuhi ubat penenang untuk menangani monyet-monyet yang telah mencederakan 42 orang beberapa minggu kebelakangan ini.

    Kera macaca Jepun itu biasa dilihat di seluruh kawasan negara itu dan kadangkala menjadi perosak di beberapa kawasan, memakan tanaman malah memasuki rumah-rumah manusia.

    Namun serangan bersiri monyet di bandar barat Jepun itu jarang berlaku dengan kanak-kanak dan orang dewasa mengalami kecederaan termasuk dicakar dan digigit.

    “Semua bandar Yamaguchi dikelilingi oleh gunung-ganang dan bukan sesuatu yang luar biasa untuk melihat monyet,” kata pegawai bandar dari jabatan pertanian memberitahu AFP.

    “Namun jarang sekali untuk melihat banyak serangan dalam tempoh jangka pendek.”

    Kecederaan itu setakat ini dilaporkan di tahap sederhana namun pihak berkuasa sekarang beralih menggunakan senapang berisi ubat penenang selepas perangkap mereka gagal untuk memerangkap sebarang primat tersebut.

    “Pada awalnya, hanya kanak-kanak dan wanita telah diserang. Baru-baru ini warga emas dan lelaki dewasa juga menjadi sasaran,” kata pegawai.

    Bandar itu tidak pasti jika serangan itu adalah perbuatan beberapa ekor kera atau hanya seekor monyet yang agresif.

    Penceroboh dalam beberapa kes telah memasuki pintu gelongsor kaca atau dari tingkap.– AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...