Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    42 cedera pertempuran di Masjid Al-Aqsa

    BAITULMAQDIS, 29 APRIL – Pertempuran terkini antara warga Palestin dan polis Israel di Masjid Al-Aqsa di sini hari ini, menyaksikan 42 orang cedera, kata Bulan Sabit Merah Palestin, susulan rentetan keganasan yang berlarutan berminggu lamanya.

    Rusuhan yang berlaku pada Jumaat terakhir bulan Ramadan itu bagaimanapun tidak menyebabkan kecederaan serius, kata pasukan perubatan itu, sambil menambah seramai 22 mangsa telah dikejarkan ke hospital.

    Polis Israel berkata tentera memecah masuk ke perkarangan masjid berkenaan selepas perusuh membaling batu dan mercun, termasuk ke arah Tembok Barat, iaitu kawasan suci bagi kaum Yahudi yang terletak di bawah Masjid Al-Aqsa.

    Mengikut kenyataan yang dikeluarkan, pegawai mengerahkan ‘pasukan penyurai rusuhan’ bagi mengekang rusuhan.

    Dalam pada itu, saksi dan wartawan AFP berkata pihak polis melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah.

    Pihak polis berkata tiga suspek diberkas merangkumi dua orang yang bertindak melemparkan batu dan seorang lagi menghasut orang ramai.

    Sebagai usaha meredakan ketegangan, Menteri Luar Israel, Yair Lapid berkata kerajaan komited terhadap status quo di perkarangan itu yang bermaksud, pematuhan kepada konvensyen lama bahawa hanya orang Islam dibenarkan solat di situ.

    Kaum Yahudi pula dibenarkan untuk melawat Temple Mount. – AFP

    Pembantah Palestin mengibarkan bendera Palestin ketika mereka mengadakan rapat di perkarangan masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...