COLOMBO, 30 April – Pihak berkuasa Sri Lanka telah mengenal pasti 42 warganegara asing antara 253 orang yang terbunuh dalam siri-siri pengeboman berani mati pada hari Easter, menurut pegawai-pegawai hari ini.
Sementara, 12 orang lagi warga asing masih tidak dapat dikesan dan mungkin antara mayat-mayat yang tidak dapat dikenal pasti di bilik mayat polis Colombo, menurut pegawai-pegawai kementerian luar.
Lima orang warga asing yang tercedera masih dirawat di hospital selepas letupan pada 21 April lalu di gereja-gereja dan hotel-hotel yang mana kumpulan IS telah mengaku melancarkannya.
Kenyataan kementerian itu mengatakan bilangan tertinggi mangsa adalah dari India (11) dan diikuti oleh Britain (enam), China (empat) dan Denmark (tiga).
Sementara itu dua warga asing maut, masing-masing dari Arab Saudi, Sepanyol dan Turki. Manakala Bangladesh, Jepun, Belanda, Portugal, Switzerland, Amerika Syarikat, masing-masing kehilangan seorang warganegaranya.
Enam orang lagi yang maut mempunyai lebih daripada satu kewarganegaraan.
Sebelum ini pihak berkuasa mengatakan 40 orang warga asing telah terbunuh dan belum memberikan huraian kewarganegaraan mereka.
Untuk mengesahkan mangsa yang terbunuh di hotel-hotel mewah adalah sukar kerana kebanyakan mayat langsung tidak dapat dikenal pasti, menurut pihak berkuasa kesihatan.
Kementerian kewangan Sri Lanka menjangkakan penurunan 30 peratus dalam ketibaan pelancong tahun ini. – AFP