42 pegawai ABDB naik pangkat

Oleh Sim Y. H.
Gambar oleh Kementerian Pertahanan

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai 42 pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah diperkenankan untuk dinaikkan pangkat, hari ini.

Hadir menyempurnakan majlis kenaikan pangkat yang berlangsung di Mes Pegawai, Berakas Garison ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, pemerintah-pemerintah angkatan tentera, komandan-komandan, pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan dan ABDB serta keluarga anggota yang dinaikkan pangkat.

Pegawai-pegawai yang dinaikkan pangkat terdiri daripada Komander Haji Sarif Pudin bin Haji Matserudin dinaikkan ke pangkat kolonel/kapten (TLDB).

Sementara itu, sembilan lagi pegawai dinaikkan ke pangkat pemangku leftenan kolonel/komander (TLDB), 18 pegawai dinaikkan ke pangkat mejar/leftenan komander tetap (TLDB), tujuh pegawai dinaikkan ke pangkat pemangku mejar/leftenan komander (TLDB) dan tujuh pegawai dinaikkan ke pangkat pemangku kapten/leftenan (TLDB).

Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua bergambar ramai dengan pegawai-pegawai ABDB yang dinaikkan pangkat bersama keluarga mereka.
Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan menyempurnakan kenaikan pangkat bagi pegawai-pegawai ABDB yang dinaikkan pangkat di majlis yang berlangsung di Mes Pegawai, Berakas Garison, kelmarin.