Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    42 pelajar masuk hospital, diserang tebuan

    COLOMBO, 17 OKT – Kira-kira 42 pelajar di utara Sri Lanka dimasukkan ke hospital hari ini setelah diserang tebuan.

    Guru-guru dan ibu bapa memberitahu media bahawa sarang tebuan, di atas pokok berhampiran bangunan sekolah di Vavuniya, telah terganggu akibat beberapa aktiviti tidak dikenal pasti, menyebabkan tebuan itu menyerang orang ramai di sekitarnya.

    Mangsa-mangsa telah dimasukkan ke hospital tempatan dan jurucakap hospital berkata beberapa pelajar dalam keadaan kritikal.

    Saksi mengatakan akan lebih ramai mangsa sekiranya guru dan ibu bapa tidak mengosongkan sekolah dengan segera.

    Beberapa serangan tebuan berlaku setiap tahun di daerah itu dan polis tempatan berkata mereka telah meminta pegawai hidupan liar untuk mengambil tindakan terhadap kejadian tersebut. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...