Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    42 tentera Mali terbunuh dalam serangan jihad

    BAMAKO, 11 OGOS – Seramai 42 askar Mali maut dalam serangan hujung minggu yang disyaki dilakukan oleh pejuang jihad menggunakan dron dan artileri, kata pihak berkuasa kelmarin, insiden keganasan terbaharu menggegarkan negara Sahel yang bergolak itu.

    Jumlah korban adalah antara yang paling berdarah dalam pemberontakan selama sedekad di Mali, yang telah merebak dari utara negara itu ke tengah dan selatan serta ke negara jiran Burkina Faso dan Niger.

    Satu dokumen yang menamakan mangsa telah disahkan kepada AFP oleh beberapa pegawai kanan tentera, manakala kerajaan kemudian mengesahkan jumlah kematian dalam satu kenyataan yang mengatakan 22 tentera cedera dan 37 ‘pengganas’ telah dineutralkan.

    Serangan itu berlaku pada Ahad di bandar Tessit, di wilayah ‘tiga sempadan’ yang bergolak di mana sempadan tiga negara bertemu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...